Showing posts with label E. Show all posts
Showing posts with label E. Show all posts

Sunday, 15 April 2012

Review : Kek hantaran

Posted by dyh at 22:14 0 comments
Bersama hantaran dari perempuan untuk lelaki,
yang ujung kat belakang tu dari lelaki untuk perempuan





kek dari lelaki untuk perempuan
sadis buka-buka kotak king's confectionery jadi mcm ni
soal siasat rupanya tak de sapa tolong pegang kotak kek ni
tapi selamat jugak kek ni habis dimakan lepas majlis
nasib ada snap gambar ni buat kenangan!





yang ni pula kek dari perempuan untuk lelaki
tempah kat kawan, faiza
design permintaan dari tuan punya blog, aku la!
inspirasi dari yateasybakes!
full of coklat, yummy!
tapi dalam chocheese tau.





kek yang menjadi salah satu hantaran kami

Review : Persalinan Majlis Bertunang

Posted by dyh at 18:25 3 comments
Niat dari dulu kalau nak tunang, nak yang simple dan sweet! Tak nak membazir pakai baju yang macam orang nak nikah. Sebab nanti malu nak pakai bila-bila masa. Heh!


Tahun lepas, masa jalan-jalan dengan kawan, lagi beberapa hari nak puasa, saja tengok baju-baju konon untuk baju raya. Masa tengok-tengok tu berkenan kat satu baju ni. Design lain dari yang lain. Dalam fikiran, "cantik juga kalau buat baju tunang", harga kalau di tanya mesti tak ingat, hehe..sorry!


Jadi, terus amik, cuma masa tu berbelah bagi nak pilih warna apa. rambang mata weyyyhhh! Last pilih FUCHSIA PURPLE.*dah larut malam, anak dara tak elok balik malam*





Selendang dan inner beli di pasar sabtu Jalan TAR. Punya la payah betul cari warna selendang nak matching dengan baju. Rasa cam takot salah matching. At last cantik juga pilihan tu.


Veil pun jadi macam selendang. dan akhirnya jumpa juga. Tapi mahal sikit dan sangat lembut sampai mak cik tukang jahit tepi cakap tak boleh tolong jahit kan dan solutionnya, mak jahit zig zag. Manik di jahit sendiri oleh si pemakai.


Sebelum terlupa, ada eksesori tambahan, pin rama-rama beli kat area Jalan TAR~syurga membeli belah~ 3 RM10.




Eh! lupa, bunga tangan @ handbouqet tak beli, kakak ipar minta kat aso pekan cina, lebihan jualan di malam hari masa beli bunga hidup untuk gubahan sirih junjung. Tak jadi guna bunga diy dari crepe paper. *ini bukan persalinan, nak jimat masa type sekali*


Inilah persalinan penuh entry kali ni. 


Sunday, 8 April 2012

Senyum sampai ke telinga

Posted by dyh at 16:10 0 comments
2 minggu sudah bergelar tunangan orang
Masih jauh perjalanan
Tabah dan Sabar!






Doakan kami =)

Sunday, 1 April 2012

berdarah manis

Posted by dyh at 21:54 2 comments
Alhamdulillah. Sudah seminggu dyh selamat menjadi tunang orang. Ada kawan-kawan usik dyh tengah berdarah manis, ada yang memuji dan ada yang menasihati. Terima kasih dan doakan yang terbaik untuk dyh.


Isu jangka masa bertunang agak lama timbul. Dyh sedar itu semua tapi nak buat macam mana, banyak persiapan yang perlu dilakukan, sebab itu kami perlukan banyak masa.


Tak dinafikan ramai kawan yang bertunang dalam jangka masa tak sampai setahun, mungkin keluarga yang tanggung majlis mereka, mungkin mereka tak perlu fikir tentang isu rumah, mungkin mereka tak fikir kehidupan selepas majlis.


Tapi bagi dyh sekeluarga kami memang biasa ikat dalam masa yang lama bila melibatkan majlis di sebelah pihak perempuan. Berpandukan majlis kakak dyh. Kami perlukan perancangan yang rapi. Kalo difikirakn dari sudut negatif seperti dugaan, memang merisaukan. Tapi kita boleh mengenal keluarga dan diri bakal pasangan kita dengan lebih akrab lagi.


Dan bagi kami adik-beradik akan menyenangkan mak abah dengan membelikan barang keperluan rumah. Duit semua tu. Rancang dengan kakak nak tukar perabut sofa. Tapi abang sulung pula nak bagi sofa rumah dia sebab dia nak beli baru. Macam kakak, masa dia sibuk buat persiapan majlis kahwin, sempat keluarkan duit untuk beli almari. Jadi, nak tunjuk di sini, kami bukan sahaja sediakan barang untuk diri sendiri tapi untuk rumah mak abah. Mungkin dah terbiasa cara macam ni dari zaman abang sulung kami.


Mungkin setengah kawan mak ayah mereka support kesemuanya dan tak mahu duit anak-anak, tapi bagi kami, kami mahu berdikari guna duit sendiri.

Wednesday, 22 February 2012

errr, should i say save the date? *for my engagement*

Posted by dyh at 21:02 0 comments
Assalamualaikum.


Alhamdulillah, tarikh majlis pertunangan telah ditetapkan dan semoga kali ini tiada halangan lagi. *malas nak cerita apa yang berlaku*



25 Mac 2012




Oleh kerana kakak dah selamat dapat baby pada 14 Februari yang lepas, jadi kami sepakat untuk buat majlis serentak. Majlis Cukur Jambul + Akikah + Pertunangan. Nak jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Dan rancangnya pagi majlis untuk anak buah baru dan petang majlis saya.


Doakan semoga majlis berjalan lancar. Bagus jugak dilewatkan dari tarikh asal, 4 Mac sebab kakak pun tak kuat lagi, ceaser masa lahirkan anak dia.Ada hikmah di sebalik masalah hari tu.

Tuesday, 3 January 2012

Tarikh Majlis

Posted by dyh at 11:54 4 comments
Berbalik pada rancangan Plan E melalui post yang lps, setelah berbincang tarikh telah di persetujui. Mengikut perancangan nak buat majlis sekali dengan majlis cukur jambul bakal anak buah yang baru.


Nape bakal anak buah baru? My sis di jangka bersalin bulan depan, Februari 2012. Nak jimatkan masa, tenaga dan wang RM, kami sekalikan majlis. Dan my sis cakap mungkin dia nak buat aqiqah sekali. Duit mmg simpan dah, takut guna lak nnt.


Kiranya kami akan berkongsi RM untuk sewa kanopi dan menu makanan. Diharapkan agar majlis akan berjalan lancar.

Thursday, 22 December 2011

Plan E

Posted by dyh at 18:38 0 comments


Kita hanya merancang, Allah yang menentukan


Perancangan sudah di buat tapi masih dalam perbincangan kami berdua sahaja. Belum sampai ke dua belah keluarga lagi, tunggu masa sesuai. Mungkin belum sampai masanya lagi, tapi InsyaAllah akan tiba juga.
☻♥☻
/█\/█\
.||.||.


Cuma aku ada belek-belek, cari idea. Iyelah, majlis biasanya kita yang perempuan kena nampak cantik. Ada beberapa perancangan yang nak di buat sendiri sebab nak kurangkan kos. Tunggu sahaja ya.
 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling