Showing posts with label diy : veil. Show all posts
Showing posts with label diy : veil. Show all posts

Sunday, 15 April 2012

Review : Persalinan Majlis Bertunang

Posted by dyh at 18:25 3 comments
Niat dari dulu kalau nak tunang, nak yang simple dan sweet! Tak nak membazir pakai baju yang macam orang nak nikah. Sebab nanti malu nak pakai bila-bila masa. Heh!


Tahun lepas, masa jalan-jalan dengan kawan, lagi beberapa hari nak puasa, saja tengok baju-baju konon untuk baju raya. Masa tengok-tengok tu berkenan kat satu baju ni. Design lain dari yang lain. Dalam fikiran, "cantik juga kalau buat baju tunang", harga kalau di tanya mesti tak ingat, hehe..sorry!


Jadi, terus amik, cuma masa tu berbelah bagi nak pilih warna apa. rambang mata weyyyhhh! Last pilih FUCHSIA PURPLE.*dah larut malam, anak dara tak elok balik malam*





Selendang dan inner beli di pasar sabtu Jalan TAR. Punya la payah betul cari warna selendang nak matching dengan baju. Rasa cam takot salah matching. At last cantik juga pilihan tu.


Veil pun jadi macam selendang. dan akhirnya jumpa juga. Tapi mahal sikit dan sangat lembut sampai mak cik tukang jahit tepi cakap tak boleh tolong jahit kan dan solutionnya, mak jahit zig zag. Manik di jahit sendiri oleh si pemakai.


Sebelum terlupa, ada eksesori tambahan, pin rama-rama beli kat area Jalan TAR~syurga membeli belah~ 3 RM10.




Eh! lupa, bunga tangan @ handbouqet tak beli, kakak ipar minta kat aso pekan cina, lebihan jualan di malam hari masa beli bunga hidup untuk gubahan sirih junjung. Tak jadi guna bunga diy dari crepe paper. *ini bukan persalinan, nak jimat masa type sekali*


Inilah persalinan penuh entry kali ni. 


Tuesday, 10 January 2012

Yang di rancang tak semestinya menjadi

Posted by dyh at 21:52 0 comments
Sedih dan kecewa





sebab






tukang jahit tepi tak boleh jahit tepi veil saya
uwaaaaa~
Kain nipis dan mesin tukang jahit tepi tak boleh jahit jenis kain sifon


Alternatif lain, kelim atau jahit zigzag guna mesin jahit kat rumah ni.

Sunday, 8 January 2012

Veil @ Layah

Posted by dyh at 23:17 0 comments
Hari ni baru berkesempatan gunting kain chiffon untuk di buat veil. 
Ada pilihan bentuk veil sama ada kita nak veil kita tu bentuk oval atau bentuk D.


Pilih dan tengok gambar kat Google, berkenan dan mudah untuk gunting bentuk D.



Langkah Pertama:
Ambil tali tape, kalau takde kat rumah tu cari tali apa-apa, lepas tu kita ukur dari atas kepala. Kalau boleh aim mana nak letak veil tu. Ukur sampai panjang mana yang kita nak sama ada sampai cecah lantai pun boleh. Terpulang. I ambil ukuran sampai pinggang, 34 inchi


Langkah kedua:
Ukur pulak dari tengah kepala *tak kisah nak ukur bahagian kiri atau kanan* sehingga siku atau hujung jari. Darab dua dan i dapat ukuran 54 inchi. Jangan lupa untuk darab dengan 2, kalau tak nanti dapat sebelah je.


Langkah ketiga:
Guna ukuran tadi atas suratkhabar. I guna 4 helai suratkhabar jenis panjang macam Utusan. Gam atau double sided soletape suratkhabar tu supaya bercantum. Kemudian, di bahagian bawah gunting untuk dapat kan potongan U. Macam gambar kat bawah ni sebagai rujukan.


Gambar ihsan  Puan non-cinderella-story

Langkah keempat: 
Tekap kan suratkhabar atas kain, amik jarum peniti. lebihkan sedikit di setiap hujung untuk di jahit tepi. Gunting secara berhati-hati Kang terlajak. Sila guna gunting khas untuk kain sahaja supaya tidak tertaik kain tu. Oh lupa pulak, korang boleh juga guna kain net kalau berminat. Lagi sekali terpulang ikut cita rasa masing-masing.


Lepas tu dah boleh jahit tepi dan hias veil anda sama ada jahit manik atau border lace.
 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling