Sunday, 8 April 2012

Senyum sampai ke telinga

Posted by dyh at 16:10 0 comments
2 minggu sudah bergelar tunangan orang
Masih jauh perjalanan
Tabah dan Sabar!






Doakan kami =)

Love it!

Posted by dyh at 13:08 0 comments
Ntah kenapa suka tengok design baju, veil dan shawl yanag ada kat bawah ni
slurrrrrrpppp meleh tengok, ^amikkainkesatairliur^

Suka walaupun penuh *heavy* tapi sweet
source : google


suka bunga tempek kat tepi
nampak lain dari yang lain *selalu orang akan pakai tiara*
source : google


sumber inspirasi untuk pemakaian shawl
masa batalkan air sembahyang, suami akan cium isteri kan, memudahkan si suami cium dan tak de lah rosak jika di bandingkan kalo pakai tudung awning


suka design baju
simple *sumber inspirasi jugak*
source: unaisah azlan


suka tengok part kain 
berlipat-lipat dan flowy
sumber inspirasi jugak


Saturday, 7 April 2012

warna baju nikah

Posted by dyh at 20:40 0 comments
err, boleh tak kalo warna baju nikah pengantin lelaki dengan pengantin perempuan tak sama ton warna?



tetiba rasa macam tak sama ton, 
tapi macam sweet je :)



sumber google

Friday, 6 April 2012

Tarikh unik 2013

Posted by dyh at 22:19 0 comments
Assalamualaikum dan salam Sejahtera.




Perasan tak beberapa tahun kebelakangan ni ada antara kita yg suka dengan tarikh-tarikh cantik. Ada jugak yg tak kisah pasal isu tarikh ni. Ada jugak yg lebih mengikut tarikh dalam kalendar Islam *ada yg ckp tak elok kahwin bulan safar, wallahualam*. Ada jugak yang pilih tarikh masa cuti sekolah.


Tapi bagi dyh yang penting tarikh tu mestilah orang baru lepas dapat gaji. HIHI


So, di sini dyh sertakan  senarai tarikh-tarikh cantik dan unik untuk tahun 2013. 


Tapi perlulah diingatkan tarikh-tarikh unik dan cantik mcm ni, kemungkinan tetamu yg tak dapat hadir adalah tinggi. Dan kebarangkalian berebut2 vendor juga adalah tinggi. Tak lupa juga kebarangkalian tetamu bagi hadiah kecik nilainya juga akan berlaku. *kawan yang pesan, banyak kenduri kene attend, potong perbelanjaan beli hadiah untuk setiap kenduri*


XXXXXXXXXX


Januari
13 Januari 2013 (Ahad) – 13113.


March 

1 March 2013 (Jumaat) – 010113
3 March 2013 (Ahad) – 030313.
30 March 2013 (Sabtu) – 300313.
31 March 2013 (Ahad) – 310313.   


April
13 April 2013 (Jumaat) – 130413 atau 13413

Mei
13 Mei 2013 (Ahad) – 130513 atau 13513 *sama macam atas*

October
13 October 2013 (Sabtu) – 131013

November
3 November 2013 (Sabtu) – 031113 atau 31113. 

XXXXXXXXXX


Tarikh unik untuk tahun 2013 kurang jika dibandingkan dengan tahun 2011.


Tengah rajin sangat buat homework pasal tarikh, ni pun fenin nak amik tarikh mana satu. 

Sunday, 1 April 2012

berdarah manis

Posted by dyh at 21:54 2 comments
Alhamdulillah. Sudah seminggu dyh selamat menjadi tunang orang. Ada kawan-kawan usik dyh tengah berdarah manis, ada yang memuji dan ada yang menasihati. Terima kasih dan doakan yang terbaik untuk dyh.


Isu jangka masa bertunang agak lama timbul. Dyh sedar itu semua tapi nak buat macam mana, banyak persiapan yang perlu dilakukan, sebab itu kami perlukan banyak masa.


Tak dinafikan ramai kawan yang bertunang dalam jangka masa tak sampai setahun, mungkin keluarga yang tanggung majlis mereka, mungkin mereka tak perlu fikir tentang isu rumah, mungkin mereka tak fikir kehidupan selepas majlis.


Tapi bagi dyh sekeluarga kami memang biasa ikat dalam masa yang lama bila melibatkan majlis di sebelah pihak perempuan. Berpandukan majlis kakak dyh. Kami perlukan perancangan yang rapi. Kalo difikirakn dari sudut negatif seperti dugaan, memang merisaukan. Tapi kita boleh mengenal keluarga dan diri bakal pasangan kita dengan lebih akrab lagi.


Dan bagi kami adik-beradik akan menyenangkan mak abah dengan membelikan barang keperluan rumah. Duit semua tu. Rancang dengan kakak nak tukar perabut sofa. Tapi abang sulung pula nak bagi sofa rumah dia sebab dia nak beli baru. Macam kakak, masa dia sibuk buat persiapan majlis kahwin, sempat keluarkan duit untuk beli almari. Jadi, nak tunjuk di sini, kami bukan sahaja sediakan barang untuk diri sendiri tapi untuk rumah mak abah. Mungkin dah terbiasa cara macam ni dari zaman abang sulung kami.


Mungkin setengah kawan mak ayah mereka support kesemuanya dan tak mahu duit anak-anak, tapi bagi kami, kami mahu berdikari guna duit sendiri.
 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling