Wednesday, 12 December 2012

Idea Tag Nama

Posted by dyh at 11:52 2 comments
Sekarang ni sudah jadi Trend keluarga pengantin pakai Button Badge atau Corsage. Sebelum ni penanggah atau geng rewang yang pakai bunga rozet. Ada bermacam cara dan bermacam bentuk untuk pengantin memperkenalkan keluarga pengantin. Rasanya semua orang pernah ada pengalaman tak kenal keluarga pengantin kan. Jadi, pebagai inisiatif dilakukan seperti memakai baju yang sama warna atau memakai tag nama.


Setelah melakukan penyelidikan dengan meng'GOOGLE', akhirnya terjumpa satu dua idea. Yang di bawah telah di edit dan hasil yang tak seberapa. Kene touch up sket dan cari idea lagi.


1 ) Untuk lelaki - Misai




2 ) Untuk perempuan - Bibir pakai gincu



Terjumpa dalam ruffled Wedding Blog. Masih menggunakan misai sebagai identiti untuk lelaki. Hurmm...menarik juga kan.




Yang ini seperti kebiasaan orang buat. Cuma terpikat dengan misai dan bibir.



Masih tercari-cari idea yang ringkas, unik dan menarik. nak cuba buat tapi tak tahulah keluarga setuju untuk pakai ke tidak. Kita tengok nanti.


p/s : seratustujuhharilagi untuk majlis nikah.

Saturday, 8 December 2012

Update

Posted by dyh at 11:48 0 comments
Yuhuuu...dah lama tak mengomel dalam blog ini..Busy dengan keje last month, now i'm not working anymore..huhu..its ok, sebab I choce to be happy..Insya Allah ada rezeki lain..


Ada lagi 111 hari lagi ke majlis pernikahan. Nak update listlah macam b2b yang lain..


Hantaran = done, tinggal nk hias je. I amik je bekas hantaran kakak. Tinggal nk letak barang je..barang I cuma handbag, makeup set and gelang..barang si dia kamera, jam, kasut, helmet, apatah lagi, dia yang setel sendiri apa yang dia nk

Persiapan majlis kenduri rumah I = bunga telur in the making, bekas gula-gula pun in the making bilik pengantin dah ready tinggal nk kemas dan susun sebab pinjam bilik anak buah I, di rumah abang I lah. mak andam cakap bulan december ni baju nikah siap, baju sanding pn siap, lepas tu boleh la fitting.

Persiapan majlis pihak lelaki = bakal mak mertua dah beli bekas telur, bunga telur pun sudah. Baju pun mak andam dah siapkan, tinggal nk bayar deposit n fitting baju. Gila tak advance kalah preparation pihak perempuan

Kad kahwin = in the making, bulan december akan confirmkan dan check spelling.

Rumah baru = lepas kahwin pindah ikut suami. So last month suruh abang I datang tengok rumah untuk nak pasang lampu, kipas.Tak perlu beli peti ais, mesin basuh, katil. Yeay! Sebab kawan dia dan bakal kakak ipar, bakal mertua dah bagi. Murah rezeki. Amin amin!


Apa lagi yek. Rasa itu sahaja yang ada dalam fikiran ni. DIY terpaksa di tangguhkan kerana mood bercuti telah bemula. Petang ni balik kampung abah, esok gerak ke pangkor, dengan 3 kereta. Si dia tu tengah berkonvoi dengan geng motor dia ke fraser hill dan mandi sungai

Thursday, 1 November 2012

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Posted by dyh at 21:19 4 comments
Rancangan pilih 31 Mac 2013 sebagai tarikh sanding bukan sebab tarikh nampak cun tapi sebab hujung bulan, orang yang kerja kerajaan dah gaji dan orang swasta dapat gaji mesti Jumaat kan sebab tarikh tersebut jatuh ahad.


Dan belum lagi dalam sejarah keluarga, yakni abang-abang dan kakak kahwin di hari cuti persekolahan. Abah tak suka sebab nanti bertembung, dan satu lagi perkaraharga daging dan ayam mahal. Mestilah kan, ramai orang buat kenduri masa cuti sekolah.


Ye. Dan aku lah orang yang asyik memecahkan tradisi. 


Tahu tak cuti bulan Mac untuk tahun depan bukan seperti tahun sebelumnya di mana jatuh di haribulan belas-belas which is biasa 10 mac and so on. 


Kali ni tengok la sendiri. Hal yang aku risau kan berjaya mencuakkan aku. siap tanya kakak ipar yang juga seorang guru di Putrajaya. Heh! Dia pun tak tahu. Ni gara-gara aku tertengok satu post di Facebook.




Abah dah call orang paling tua di kampung abah, iaitu kakak ipar abah merangkap mak long aku. Tanya -tany dan bagitau sekali tarikh aku. So, nasib sangat baik sebab tak ada sedara ( anak sedara maksud aku sebab sepupu semua lagi tua dari aku, sampai ada yang jadi nenek, datuk) yang pilih tarikh tersebut. HORAY!


Tapi tak syok sebab nanti mesti ada sepupu aku tak dapat datang kan, hantar anak balik asrama, sebab tarikh tu jugak hari terakhir cuti sekolah. 


Yang ok jugak kakak ipar aku cuti la. Tiada aktiviti sekolah. Cikgu sekolah biasa sibuk awal dan hujung tahun. Contoh : masa kakak aku tunang, kakak ipar aku terpaksa ke Langkawi sebab menghadiri kursus. 


Tak best jugak kalau abang kedua aku tetibe ada event lawan futsal, dia aktif wakil department dia. Contoh : masa aku tunang, dia terpaksa cancel dari mewakili team dia lawan futsal. Dia dah la AJK Sukan.


Apa-apa pun semua telah di tentukan oleh Allah. REDHA!

Wednesday, 3 October 2012

Paper bag isi gula-gula

Posted by dyh at 13:59 9 comments
Untuk doorgift, dah lama tengok dan survey makanan apa yang nak di bagi pada tetamu. Ikut dari zaman abang kakak dyh kahwin. Belom pernah bagi barang sebagai hadiah. Cuma masa abang dyh bercuti ke Bandung, dia belikan pin tudung dalam 300 biji. Okeh, dah melalut, kita nak cerita pasal bekas doorgift sebenarnya.


Ada satu kedai di pekan Kajang yang jual harga borong. Rambang mata kalau pergi sana. Makanan ringan masa zaman kita kecil-kecil dulu pun ada.


Ingat nak bagi gula-gula. Jangan ingat kanak-kanak je berebut gula-gula, ayah dyh pun kadang-kadang berebut.


Kalau nak bagi gula-gula, tak kan nak bagi sebiji je, kalau bagi 5 biji pula, kena ada bekas. So, dyh selongkar masa adik suruh cari salinan kad pesara abah, dyh jumpa paper bag kecik molek seperti gambar di bawah.




Saiz panjang 7cm, lebar 5.5cm.


Terus dapat idea. Dari beli plastik, eloklah dyh recycle kertas lebihan masa buat kotak hari tu. Dan bermula lah sesi mengukur, melipat dan menggunting kertas. Sehari buat 10 keping. Buat masa ni dah buat 120 keping sbb ikut countdown tarikh majlis. 







Gula-gula nanti akan di letak dalam beg kain pulak, isi lain belum di fikirkan lagi. 


Okeh, next checklist pulak yang harus difikirkan. Urusan pernikahan belum lagi. Permudahkanlah urusan pernikahanku, Ya Allah.

Monday, 1 October 2012

Make Up Sebagai Barang Hantaran?

Posted by dyh at 19:48 2 comments
Assalamualaikum semua, especially bride-to-be. Dah masuk bulan Oktober, macam mane persiapan semua?


Sebut pasal persiapan, nak bagi gerak checklist dyh. Dyh dapat idea untuk jadikan barang make up, MAC sebagai hantaran. Pembaca a.k.a kawan-kawan bride-to-be setuju ke dengan idea dyh ni?


Sebenarnya akan sekerja dyh dapat invitation beli barang MAC, 60% tu, yang lain order, dyh pn terfikir la untuk jadikan hantaran sebab dyh ni bukan biasa make up sangat. Eh, lupa nak bagitau, rakan sekerja dyh ni mak andam. Tapi cerita sedih, dyh hanya dapat barang eyeshadow dan blusher. Nampaknya kene topup barang lain kalau betul-betul nak jadikan sebagai hantaran.




Eyeshadow after 60% dapat RM82
Blusher after 60% dapat RM33


Kawan ni tak dapat nak beli banyak sebab datang lewat. Ha, artis-artis pun datang, ada Vanidah Imran ect.. Jualan ni tertutup, semestinya artis-artis dan mak andam yang datang. *ewah macam dalam melodi pulak*


Bedak next day nya ada promosi 20%. So, beli jugak sebab bedak yang sedia ada ni tinggal sikit. So, bayar harga RM95. Ok la kan sebab kawan ni ckp dia guna lama. Cuma baru-baru ni bedak habis.


Then, tadi kat office barang pesanan dia sampai. Nak tau apa dia? Bulu mata palsu! Ada kawan-kawan cuba pakai dan siap beli. Dayah tak beli sebab bulu mata dayah dah lentik. Hahaha, ada rasa macam nak lempang dyh tak? Tak adalah sebenarnya dyh tengah busy, awal bulan kan. Lalu meja diorang pun sebab nak ke bilik stor.
 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling