Wednesday, 22 February 2012

errr, should i say save the date? *for my engagement*

Posted by dyh at 21:02 0 comments
Assalamualaikum.


Alhamdulillah, tarikh majlis pertunangan telah ditetapkan dan semoga kali ini tiada halangan lagi. *malas nak cerita apa yang berlaku*



25 Mac 2012




Oleh kerana kakak dah selamat dapat baby pada 14 Februari yang lepas, jadi kami sepakat untuk buat majlis serentak. Majlis Cukur Jambul + Akikah + Pertunangan. Nak jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Dan rancangnya pagi majlis untuk anak buah baru dan petang majlis saya.


Doakan semoga majlis berjalan lancar. Bagus jugak dilewatkan dari tarikh asal, 4 Mac sebab kakak pun tak kuat lagi, ceaser masa lahirkan anak dia.Ada hikmah di sebalik masalah hari tu.

Sekian lama menyepi

Posted by dyh at 20:51 2 comments
Tadaaaaa, I'm back. Fuhhhhhh!!!! Habuk banyak sangat, bukan kt blog je, laptop dh lama tak pegang.


Jumpa lagi entry akan datang.



Love,
Dyh

Sunday, 15 January 2012

Donut gebu

Posted by dyh at 12:38 0 comments
Anak buah suka makan donut. Dah lama buat, jadi teringat ada kawan minta resepi, tu yang baru nak buat entry ni.

Bahan-bahan yang di perlukan:
  • 3 cawan tepung gandum (guna sukatan cwan minum teh)
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu besar yis basah * larut dalam sedikit air suam dengan gula sedikit* (resepi asal guna 1 paket = 11 gm yis kering jenama mauripan)
  • 3/4 cawan susu pekat + 1/4 air suam (resepi asal guna 3/4 susu cair/fresh milk)
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar marjerin *cairkan dulu*

Cara-cara penyediaan:
  1. Yis yang digunakan tak kira yang basah atau kering dilarutkan dan bila dah rata atau naik berbuih bagi yis basah, pindahkan larutan ys tadi ke dalam susu dan kacau supaya larut. Biarkan seketika dalam 2 minit.
  2. Masukkan larutan yis, gula, telur dan marjerin ke dalam mangkuk. Campur sampai sebati dengan memukul menggunakan tangan atau mixer.
  3. Masukkan 2 cawan tepung ke dalam mangkuk tadi dan gaul. Tambah secawan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Uli sehingga rata dalam 10 minit.
  4. Tutup mangkuk dan biarkan selama 30 minit atau doh naik berganda.
  5. ui doh lagi sekali sehingga doh menjadi pejal dalam 5 minit.
  6. Ambil sedikit tepung atau sedikit minyak untuk memudahkan pengendalian doh. ambil sedikit doh dan golekkan dengan tangan. 
  7. Ambil penutup botol mineral sebagai pencetak untuk menebuk lubang di tengah doh tadi. 
  8. Sapu minyak pada lapik bekas supaya doh tidak melekat pada bekas.
  9. Goreng pada api yang sederhana dan sentiasa balikkan donut sehingga warna kuning keemasan.
  10. Hias donut dengan gula kastor atau coklat masakan.

Saturday, 14 January 2012

Kira berat jisim anda

Posted by dyh at 22:34 0 comments
Tekan iklan nufnang kat footer blog, terjumpa kalkulator berat jisim.
*nak print screen dah tak ingat*


dan hasilnya



Berat Badan Unggul
Berat Ideal: 50 kg





Nanti kawan-kawan kira jugak ye

Kek Ranting Pokok

Posted by dyh at 21:43 0 comments
Idea ni kool !!!!
Found at this sugar bird


burung dibuat menggunakan sugar paste










this one simple, cute and nice
 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling