Thursday, 1 November 2012

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Posted by dyh at 21:19 4 comments
Rancangan pilih 31 Mac 2013 sebagai tarikh sanding bukan sebab tarikh nampak cun tapi sebab hujung bulan, orang yang kerja kerajaan dah gaji dan orang swasta dapat gaji mesti Jumaat kan sebab tarikh tersebut jatuh ahad.


Dan belum lagi dalam sejarah keluarga, yakni abang-abang dan kakak kahwin di hari cuti persekolahan. Abah tak suka sebab nanti bertembung, dan satu lagi perkaraharga daging dan ayam mahal. Mestilah kan, ramai orang buat kenduri masa cuti sekolah.


Ye. Dan aku lah orang yang asyik memecahkan tradisi. 


Tahu tak cuti bulan Mac untuk tahun depan bukan seperti tahun sebelumnya di mana jatuh di haribulan belas-belas which is biasa 10 mac and so on. 


Kali ni tengok la sendiri. Hal yang aku risau kan berjaya mencuakkan aku. siap tanya kakak ipar yang juga seorang guru di Putrajaya. Heh! Dia pun tak tahu. Ni gara-gara aku tertengok satu post di Facebook.




Abah dah call orang paling tua di kampung abah, iaitu kakak ipar abah merangkap mak long aku. Tanya -tany dan bagitau sekali tarikh aku. So, nasib sangat baik sebab tak ada sedara ( anak sedara maksud aku sebab sepupu semua lagi tua dari aku, sampai ada yang jadi nenek, datuk) yang pilih tarikh tersebut. HORAY!


Tapi tak syok sebab nanti mesti ada sepupu aku tak dapat datang kan, hantar anak balik asrama, sebab tarikh tu jugak hari terakhir cuti sekolah. 


Yang ok jugak kakak ipar aku cuti la. Tiada aktiviti sekolah. Cikgu sekolah biasa sibuk awal dan hujung tahun. Contoh : masa kakak aku tunang, kakak ipar aku terpaksa ke Langkawi sebab menghadiri kursus. 


Tak best jugak kalau abang kedua aku tetibe ada event lawan futsal, dia aktif wakil department dia. Contoh : masa aku tunang, dia terpaksa cancel dari mewakili team dia lawan futsal. Dia dah la AJK Sukan.


Apa-apa pun semua telah di tentukan oleh Allah. REDHA!

Wednesday, 3 October 2012

Paper bag isi gula-gula

Posted by dyh at 13:59 9 comments
Untuk doorgift, dah lama tengok dan survey makanan apa yang nak di bagi pada tetamu. Ikut dari zaman abang kakak dyh kahwin. Belom pernah bagi barang sebagai hadiah. Cuma masa abang dyh bercuti ke Bandung, dia belikan pin tudung dalam 300 biji. Okeh, dah melalut, kita nak cerita pasal bekas doorgift sebenarnya.


Ada satu kedai di pekan Kajang yang jual harga borong. Rambang mata kalau pergi sana. Makanan ringan masa zaman kita kecil-kecil dulu pun ada.


Ingat nak bagi gula-gula. Jangan ingat kanak-kanak je berebut gula-gula, ayah dyh pun kadang-kadang berebut.


Kalau nak bagi gula-gula, tak kan nak bagi sebiji je, kalau bagi 5 biji pula, kena ada bekas. So, dyh selongkar masa adik suruh cari salinan kad pesara abah, dyh jumpa paper bag kecik molek seperti gambar di bawah.




Saiz panjang 7cm, lebar 5.5cm.


Terus dapat idea. Dari beli plastik, eloklah dyh recycle kertas lebihan masa buat kotak hari tu. Dan bermula lah sesi mengukur, melipat dan menggunting kertas. Sehari buat 10 keping. Buat masa ni dah buat 120 keping sbb ikut countdown tarikh majlis. 







Gula-gula nanti akan di letak dalam beg kain pulak, isi lain belum di fikirkan lagi. 


Okeh, next checklist pulak yang harus difikirkan. Urusan pernikahan belum lagi. Permudahkanlah urusan pernikahanku, Ya Allah.

Monday, 1 October 2012

Make Up Sebagai Barang Hantaran?

Posted by dyh at 19:48 2 comments
Assalamualaikum semua, especially bride-to-be. Dah masuk bulan Oktober, macam mane persiapan semua?


Sebut pasal persiapan, nak bagi gerak checklist dyh. Dyh dapat idea untuk jadikan barang make up, MAC sebagai hantaran. Pembaca a.k.a kawan-kawan bride-to-be setuju ke dengan idea dyh ni?


Sebenarnya akan sekerja dyh dapat invitation beli barang MAC, 60% tu, yang lain order, dyh pn terfikir la untuk jadikan hantaran sebab dyh ni bukan biasa make up sangat. Eh, lupa nak bagitau, rakan sekerja dyh ni mak andam. Tapi cerita sedih, dyh hanya dapat barang eyeshadow dan blusher. Nampaknya kene topup barang lain kalau betul-betul nak jadikan sebagai hantaran.




Eyeshadow after 60% dapat RM82
Blusher after 60% dapat RM33


Kawan ni tak dapat nak beli banyak sebab datang lewat. Ha, artis-artis pun datang, ada Vanidah Imran ect.. Jualan ni tertutup, semestinya artis-artis dan mak andam yang datang. *ewah macam dalam melodi pulak*


Bedak next day nya ada promosi 20%. So, beli jugak sebab bedak yang sedia ada ni tinggal sikit. So, bayar harga RM95. Ok la kan sebab kawan ni ckp dia guna lama. Cuma baru-baru ni bedak habis.


Then, tadi kat office barang pesanan dia sampai. Nak tau apa dia? Bulu mata palsu! Ada kawan-kawan cuba pakai dan siap beli. Dayah tak beli sebab bulu mata dayah dah lentik. Hahaha, ada rasa macam nak lempang dyh tak? Tak adalah sebenarnya dyh tengah busy, awal bulan kan. Lalu meja diorang pun sebab nak ke bilik stor.

Friday, 28 September 2012

Tema

Posted by dyh at 22:33 8 comments
Ada lagi 6 bulan majlis terbesar bagi diriku. Dah lama fikir warna tema. Di sebabkan masa dua abang tema warna hijau dan kakak pilih ungu, jadi pilihan aku merah atau biru


Bila sampai butik, kak tini tunjuk kain warna biru. Jadi, grab je sebab dapat pakai baju baru nanti. Hehe


Jadi, kamu-kamu yang baca blog saya ni dah tahu kan warna tema rumah saya di majlis persandinganku,
B.I.R.U


Majlis sanding abang sulung dan abang kedua saya 6 tahun lepas. Diorg nikah selang seminggu.


Majlis kahwin kakak saya tahun lepas. Baju yang perempuan pakai jadi baju raya. Haha. Simple but nice!


Tadaaaa! Ni dia kain yang ditunjuk. Tunggu jadi baju je nanti.


Yang ni pulak 4 September hari tu pergi Nilai beli kain untuk keluarga tapi yang perempuan je sebab masa tu bawak duit cukup-cukup je. Yang ni akan jadi baju raya tahun depan. 


Bila tengok gambar keluarga masa kenduri kahwin, nampak pertambahan bilangn ahli keluarga. InsyaAllah, tahun depan akan bertambah lagi. =)


p/s : bergerak jugak checklist saya. 

Monday, 17 September 2012

194 hari lagi

Posted by dyh at 12:09 0 comments
Sekarang tiba-tiba macam bermain-main di fikiran sama ada nak buat majlis nikah lepas zohor atau lepas asar atau malam. Ada kelebihan dan kekurangan dalam setiap waktu tersebut. Jarak tersangat lah dekat antara SERDANG - SUNGAI BESI. Ngada tak aku ni? He...


Ikutkan dah pun janji dengan pihak butik untuk nikah malam sebab ambil pakej yang sama dengan kakak.Tapi malam macam terkejar-kejar, waktu malam singkat.


Keluarga belah laki tak kisah, ikut je pihak perempuan. Tapi aku kene bincang jugak dengan abah aku since dia kene fikir urusan jamuan makan lepas nikah. Sempat ke tak nak masak-masak nanti.


Kad kahwin dah bincang antara kami berdua je. Nak buat sendiri. Design dan contoh dan ada, cuma ada minta tolong kawan office En. Tunang buat editing. Lambat sebab kawan tu sibuk. Tak pe lah janji ada orang nak tolong kan. Aku selalu jadikan majlis abang dan kakak aku sebagai rujukan. Tetibe kan abah aku suruh buat kad asing-asing. Lari sudah perancangan kami ni. Hahaha.


Sekarang tengah sibuk buat paper bag. Ala kecik je paper bag tu, boleh letak gula-gula 5 biji. Guna kertas terpakai lebihan buat kotak dulu. Lepas kira lagi 193 hari masa yang ada, baru menggelabah. Menggelabah pun sempat lagi sibuk nak update kan. Sudah-sudah pergi siapkan cepat!!
 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling