Monday, 31 December 2012

HIV Test : Done

Posted by dyh at 15:38 3 comments
Baru pulang dari buat ujian di Seri Kembangan. Sampai-sampai je, ada 3 pasangan tengah isi borang. Borang di beri sekali dengan nombor pendaftaran. Tunang yang beratur ambil borang. Masa isi, makin ramai pasangan ataupun orang perseorangan datang.


Rupanya tak payah booked pun tak pe. Siapa cepat isi borang, dia masuk dulu.


Masa timbang untuk tahu berat, wahaha terkejut! Rupanya dah turun. Tapi masih berat lebih dari tunang. Ciss, cmne nanti dia nak angkat ni. Hahaha.. BMI masih 19.7. ngeeeee~


Sekarang masih terasa sakitnya kene cucuk. Cis tak aci, kakak cakap dia kene ketip kat jari je, tu tahun lepas, macam tunang td pun sama. Ni kita amik kt lengan. Banyak pulak tu. Ngaaaaaa~


45 minit selesai urusan. Tadi terpinga-pinga sebab rasa urusan berlaku dengan cepat. Lepas dapat keputusan dari makmal, kena hantar borang ke bilik rawatan semula, terus pen. peg tu cop dan tandatangan, bagi salinan. Orang lain macam tunang kene tunggu nombor di panggil baru dapat salinan, banyak step kata tunang.


p/s : Dah selesai satu part, lepas ni kene uruskan urusan seterusnya cepat sebab bulan Februari ada 28 hari je. Esok pulak dah masuk tahun 2013.


Booked HIV Test

Posted by dyh at 10:55 3 comments
Tadi pergi ke Klinik Kesihatan berdekatan dengan rumah, dengan tunang main redah je. Wow! Ramainye manusia.


Terbaca di informasi berkenaan Ujian HIV, rupanya hanya hari Isnin Rabu dan Jumaat sahaja pada waktu lepas rehat. Jadi terus booking nama dan petang nanti datang balik. Hehu...Nasib ada satu nama sahaja sebelum kami.


Tunang keje hari ini tapi sempat lari keluar. Nak setel secepat mungkin urusan borang pernikahan.

Thursday, 27 December 2012

Ladies Out @ Bridal Shower

Posted by dyh at 13:32 0 comments
Ladies out la sangat bebeh. hahaha 
ops! ada seorang budak lelaki ikut ibu dia. 
So dia jadi mangsa masa ktorg sibuk bergambar


Ekceli di sebabkan dah lama tak keluar dgn BFF
so spend sehari yakni 1st December, rancang tengok wayang
lepas tu dalam FB, ada member tanya kot hangout utk habiskan zaman bujang ke


so, apa lagi terus komen
ni utk party bujang
konon-konon bridal shower
*BERANGAN*



Anak buah join sekaki eh dua kaki sebab tau makcik dia ni nak pergi tengok wayang.
melekat, tak mau bergerak, malu




 Hoh, Bridal Shower la sangat, jangan nak glamer okeh
Ktorg dapat surprise, sambut besday yg dah berkurun lama.


Pandai betul ye pembuat kek merangkap kawan ktorg ni simpan rahsia
kek ni katanya customer dia order
time ni dah pelik
pejadah la bawak kek kalo lps tengok wayang baru nak bg
gi booked tiket bawak, cari tmpat mkn pun bawak, sampai la dapat meja kosong kat Johnnys, baru dia reveal kek tu utk ktorg
siot  kene tipu!




ni la kek nya 
red velvet
yang tulisan warna hijau nama saya




yang belah kanan itulah yang buat kek
masa tunang dl, kek hantaran tempah kat dia
boleh refer sini
kek kawin pun tempah dengan dia, dah cakap awal-awal
well, ktorg selalu jadi tester kek dia
dia jugak jd kurus dengan consume herbalife


Mungkin tak sehebat party seperti mereka di bawah ini. Tetapi kita patot bersyukur mempunyai kawan seperti mereka. 




Eh, ni ke bridal shower?
Ala, boleh lah, kalo tak boleh jugak, tak kira, ni blog gua! :)

Perancangan berhanimun

Posted by dyh at 09:29 1 comments
Tunang ada cadangan nak berhanimun di Sabah. Dia tak nak pergi Mabul sebab aktiviti sana berasaskan air sahaja. Dan lagi tunang dia ni *saya la* fobia air, main kat gigi pantai tu boleh lah. Ni suggestion kawan opis dia.


So, dia cadang bercuti ke Kota Kinabalu, ada macam-macam aktiviti kat sana. nak pulak kawan opis dia, ada abang kat mengajar di sana. So, kawan dia pun macam nak pergi. *ekceli saya kenal kawan tu n wife dia.*


Tunang jugak cakap nanti pergi bercuti gak dengan kakak dan abang ipar saya. Medan @ Bandung. Tapi kakak ajak gi Kuantan, tempat saya dan kakak belajar dahulu. Kalo pergi jauh-jauh kakak saya tak nak sebab dia ada anak kecik, nak masuk 11 bulan.


Tunang suka kalo ada orang join, boleh diorang ambil gambar kita katanya. HAHAHA.
Saya tak kisah dimana sahaja untuk di bawa berjalan. Terserah pada tunang, dia kata duit dia.

Sunday, 23 December 2012

Cool!

Posted by dyh at 12:30 3 comments


Cool tak?
Tunjuk kat tunang masa chatting YM, dia gelak je, mesti dia tak minat.

Dia ada cakap lepas kahwin nak berphotoshot. Member ramai tukang ambil gambar kahwin kan. Siap cakap lagi kawan dia ada vespa.

Nampaknya kene ikut cakap dia. Dia kan pengeluar duit belanja. Hehe
 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling