Sunday, 10 February 2013

Fitting baju sanding

Posted by dyh at 07:52 6 comments
Dapat call dari butik suruh datang fitting baju. Baju nikah dia tak amik lagi.
Dulu kata nak buatkan baju nikah jubah moden, tup tup baju peplum pulak.


Actually baju ni tak siap lagi, bahagian bawah tu yang tak abes jahit.
Masa datang, dia tengah nak jahit veil.
Tudung pun tak buat lagi.
Dia sorang buat tak cukup tangan.



Sila abaikan muka yang tak semenggah tu. Haha


Masa nak sarung, cuba sarung masukkan kaki dulu, dah agak mesti tak leh tarik sebab sangkut kat peha, HAHA, ye saya nye peha cam drum stick. 
Semua orang tertipu dengan kekurusan saya.
so kene sarung dari atas. 


Friday, 8 February 2013

Sweet!

Posted by dyh at 23:12 2 comments
Tunang sudah booked tiket flight 
nak gi berjalan a week after setel kenduri pihak laki..weeeehuuu


Rasa terharu lagi 
bila


dapat emel dari tunang
itenery


siap pesanan kat bawah emel tu
"Hope that we will enjoy this moment as a part of our beautiful marriage, dear!"


nak kahwin ni mula dapat ayat bestbest!
sila muntah!

Tuesday, 5 February 2013

Bilik Tidur vs Pelamin

Posted by dyh at 21:02 3 comments
Seronok tgk persiapan bakal pengantin. Ada yg cerita pasal bilik pengantin. Syok nye diorg dh ada idea.


Kita belum ada. Sob sob sob.


Rasa tak de pun nak hias2 bilik pengantin, sebabnya:
1) pinjam bilik anak buah . Disebabkan rumah famili sudah penuh dengan barang dalm setiap bilik, abang pun siap offer suruh guna bilik anak dia dimana sebenarnya rumah abang sebelah rumah famili, ikut tradisi kakak guna bilik tersebut sbg bilik pengantin, dan dengan kelengkapan set bilik tidur sedia ada. Tak yah beli pape utk bilik pengantin. Yeay! Jimat duit. 
2) tak ada idea lagi, lg pun pnjm bilik anak buah, ingt nak minta kat mak andam sikit bunga hidup, utk tabur2 kelopak bunga @ beberapa kuntum letak dlm vase.
3) bilik pengantin buat syarat je. HAHAHA


kat bawah ni gambar keadaan bilik masa kakak kahwin. Simple je sebab bilik ni guna utk make up dan orang akan lalu lalang nak gi rumah sebelah ikut beranda. Cuma keadaan bilik ni sekarang penuh dengan mainan anak buah. Sekarang ni kalau usik anak buah, mesti dia ugut cmni, "kakak tak nak bg pnjm bilik kakak masa kahwin nnt".




Dah tgk muka kakak kat atas? Akan gunakan khidmat mak andam yang sama dengan kakak sbb kita dah kenal dan biasa cara dia. Cuma sedih baju nikah n sanding tak tgk lg, ikut kata-kata mak andam tu, weekend ni dh ready. 


Pelamin pulak tak ikut mcam dari zaman abang dan kakak buat kat dalam kawasan antara pagar dan pintu. Korang leh imagine tak?
Kali ni pelamin letak kat luar, dalam kawasan khemah sebab tak larat nak kemas kat pagar n agak sempit sikit kalo org nak tgk pengantin. Semua dh bg green light. 


Gambar bawah ni pelamin masa kakak kahwin. Nampak luas sebab kami ada 2 rumah dimana bahagian depan ktorg buang pembahagi rumah. Kalau nak tahu pagar sebelah kiri tu tak pernah buka, anak kunci pn ntah kemana, so memang guna satu pagar je utk keluar masuk, tu yg sempit, nak pulak masa kenduri ada yg selipar kasut masuk longkang. Hiks!


Monday, 4 February 2013

Menu Kenduri

Posted by dyh at 21:28 3 comments
Ahad lepas ada perbincangan dengan ahli keluarga berkenaan menu masa kenduri nanti. Kurang dari 2 bulan okeh. Masa ni abang kedua awal-awal lagi dah balik sebab kena hantar mak mertua gi hospital.


Setelah dibincang, menunya adalah:

hari sabtu
siang - nasi putih| sup tulang(ada lebih bawak ke malam)|sambal kicap]puding karamel(spondored by abang+kaka ipar)
malam waktu nikah - kambing golek (sponsored by kakak, akikah anak lelaki, thn lepas buat jugak masa
bertunang)|sambal tumis udang|telur itik masak lemak|nasi putih|air teh/kopi/sirap

hari ahad
kemuncak - nasi minyak|nasi putih|daging masak gulai kawah|ayam golek|tumis kacang panajng+perut
lembu|pajeri nenas|acar buah|buah limau|air biru (ni belum decide perasa apa either lemon or
soda)

kudapan atas meja
kerepek pisang|bahulu|kerepek ubi pedas|kerepek ubi masin|keropok roda|air mineral


ni yang telah dibincang dan dirancang, tak taulah pak mak sedara bawak apa. Biasa ada yang bawak tapai, telur pindang, ikan untuk makan beradap. Ni berdasarkan majlis kahwin kakak dan abang. Kebanyakannya persiapan kahwin refer kepada majlis senior!


eh lupa nak bgtaw, ni bukan tempah catering bukan jugak masak sendiri tp rewang bak kata org jawa.

Nasihat kepada bakal pengantin

Posted by dyh at 20:43 0 comments
Lama dah tak jenguk blog since busy dengan keje. Weekend yang baru ni tarikh cantik uolls, 02022013. Ramai yang kahwin sabtu dan ahad baru ni termasuklah Cik Mah. Selamat Pengantin Baru.


Dan tak lupa jiran yang kahwin hari sabtu dan ahad baru ni. Ni nak cerita, bukan marah cuma nak nasihat since rumah famili ni dekat sangat dengan pintu kecik menghala UPM. Means motor sahaja yang boleh lalu. jadi, bila lorong utama lalu itu di tutup, pekerja2 UPM yang tinggal di sekitar sini akan lalu jalan depan rumah family.


Tapi nak jadikan cerita sejak khamis petang khemah sudah dipasang sebabnya kenduri hari sabtu. Tapi kerusi meja tak psang lagi. Ni ok lagi tak kisah parking hujung simpang sebab memahami. Nak selamat parking jauh, senang sok nak gi keje.


Yang buat geram, laluan utama ditutup sebab ada orang pasang khemah petang jumaat dikala orang berpusu2 pulang dari tempat keje. Boleh bayangkan tak betapa penunggang motor kene belok2 masuk simpang sini, pusing sana. Kenduri jiran ni hari ahad, khemah pasang sebab untuk orang masak2. Itu kita faham tapi tolonglah pasang waktu malam masa orang tak sibuk lalu lalang. Kita tak boleh lah halang jalan orang kan


Masa ni dah tau sebab adik dah sms awal2 suruh lalu @ parking tempat lain. So nmpk spot  kosong lorong belakang rumah. jauh jugak berjalan, parking jek since tempat tu bukan dpn rumah org. Konon eksesais kuruskan badan parking jauh, pdahal dh memang kurus bebenor ni. Sampai2 rumah, mak tanya parking mana n bgtaw org semua marah2 kes buat kenduri kahwin dekat2 n pasang khemah waktu tak sesuai.


Lagi orang marah ada yg parking kereta kat lorong tgh. Motor nak lalu sempit. Kang langgar @ calar marah lak. Baik ikut macam saya ni amik langkah slamat, parking jauh. HEHE


So nasihat kepada bakal pengantin, make sure pi check kat masjid @ surau  @ dgn jiran berdekatan @ sedara mara tarik kahwin yg korg pilih. Jangan sama tarikh ok! Byk kes dah dgr bila ada sesama sedara sendiri tak mau mengalah pasal tarikh kahwin.
 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling