Thursday 1 November 2012

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Posted by dyh at 21:19 4 comments
Rancangan pilih 31 Mac 2013 sebagai tarikh sanding bukan sebab tarikh nampak cun tapi sebab hujung bulan, orang yang kerja kerajaan dah gaji dan orang swasta dapat gaji mesti Jumaat kan sebab tarikh tersebut jatuh ahad.


Dan belum lagi dalam sejarah keluarga, yakni abang-abang dan kakak kahwin di hari cuti persekolahan. Abah tak suka sebab nanti bertembung, dan satu lagi perkaraharga daging dan ayam mahal. Mestilah kan, ramai orang buat kenduri masa cuti sekolah.


Ye. Dan aku lah orang yang asyik memecahkan tradisi. 


Tahu tak cuti bulan Mac untuk tahun depan bukan seperti tahun sebelumnya di mana jatuh di haribulan belas-belas which is biasa 10 mac and so on. 


Kali ni tengok la sendiri. Hal yang aku risau kan berjaya mencuakkan aku. siap tanya kakak ipar yang juga seorang guru di Putrajaya. Heh! Dia pun tak tahu. Ni gara-gara aku tertengok satu post di Facebook.




Abah dah call orang paling tua di kampung abah, iaitu kakak ipar abah merangkap mak long aku. Tanya -tany dan bagitau sekali tarikh aku. So, nasib sangat baik sebab tak ada sedara ( anak sedara maksud aku sebab sepupu semua lagi tua dari aku, sampai ada yang jadi nenek, datuk) yang pilih tarikh tersebut. HORAY!


Tapi tak syok sebab nanti mesti ada sepupu aku tak dapat datang kan, hantar anak balik asrama, sebab tarikh tu jugak hari terakhir cuti sekolah. 


Yang ok jugak kakak ipar aku cuti la. Tiada aktiviti sekolah. Cikgu sekolah biasa sibuk awal dan hujung tahun. Contoh : masa kakak aku tunang, kakak ipar aku terpaksa ke Langkawi sebab menghadiri kursus. 


Tak best jugak kalau abang kedua aku tetibe ada event lawan futsal, dia aktif wakil department dia. Contoh : masa aku tunang, dia terpaksa cancel dari mewakili team dia lawan futsal. Dia dah la AJK Sukan.


Apa-apa pun semua telah di tentukan oleh Allah. REDHA!
 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling