Sunday 15 January 2012

Donut gebu

Posted by dyh at 12:38 0 comments
Anak buah suka makan donut. Dah lama buat, jadi teringat ada kawan minta resepi, tu yang baru nak buat entry ni.

Bahan-bahan yang di perlukan:
  • 3 cawan tepung gandum (guna sukatan cwan minum teh)
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu besar yis basah * larut dalam sedikit air suam dengan gula sedikit* (resepi asal guna 1 paket = 11 gm yis kering jenama mauripan)
  • 3/4 cawan susu pekat + 1/4 air suam (resepi asal guna 3/4 susu cair/fresh milk)
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar marjerin *cairkan dulu*

Cara-cara penyediaan:
  1. Yis yang digunakan tak kira yang basah atau kering dilarutkan dan bila dah rata atau naik berbuih bagi yis basah, pindahkan larutan ys tadi ke dalam susu dan kacau supaya larut. Biarkan seketika dalam 2 minit.
  2. Masukkan larutan yis, gula, telur dan marjerin ke dalam mangkuk. Campur sampai sebati dengan memukul menggunakan tangan atau mixer.
  3. Masukkan 2 cawan tepung ke dalam mangkuk tadi dan gaul. Tambah secawan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Uli sehingga rata dalam 10 minit.
  4. Tutup mangkuk dan biarkan selama 30 minit atau doh naik berganda.
  5. ui doh lagi sekali sehingga doh menjadi pejal dalam 5 minit.
  6. Ambil sedikit tepung atau sedikit minyak untuk memudahkan pengendalian doh. ambil sedikit doh dan golekkan dengan tangan. 
  7. Ambil penutup botol mineral sebagai pencetak untuk menebuk lubang di tengah doh tadi. 
  8. Sapu minyak pada lapik bekas supaya doh tidak melekat pada bekas.
  9. Goreng pada api yang sederhana dan sentiasa balikkan donut sehingga warna kuning keemasan.
  10. Hias donut dengan gula kastor atau coklat masakan.

Saturday 14 January 2012

Kira berat jisim anda

Posted by dyh at 22:34 0 comments
Tekan iklan nufnang kat footer blog, terjumpa kalkulator berat jisim.
*nak print screen dah tak ingat*


dan hasilnya



Berat Badan Unggul
Berat Ideal: 50 kg





Nanti kawan-kawan kira jugak ye

Kek Ranting Pokok

Posted by dyh at 21:43 0 comments
Idea ni kool !!!!
Found at this sugar bird


burung dibuat menggunakan sugar paste










this one simple, cute and nice

Tuesday 10 January 2012

Yang di rancang tak semestinya menjadi

Posted by dyh at 21:52 0 comments
Sedih dan kecewa





sebab






tukang jahit tepi tak boleh jahit tepi veil saya
uwaaaaa~
Kain nipis dan mesin tukang jahit tepi tak boleh jahit jenis kain sifon


Alternatif lain, kelim atau jahit zigzag guna mesin jahit kat rumah ni.

Sunday 8 January 2012

Veil @ Layah

Posted by dyh at 23:17 0 comments
Hari ni baru berkesempatan gunting kain chiffon untuk di buat veil. 
Ada pilihan bentuk veil sama ada kita nak veil kita tu bentuk oval atau bentuk D.


Pilih dan tengok gambar kat Google, berkenan dan mudah untuk gunting bentuk D.



Langkah Pertama:
Ambil tali tape, kalau takde kat rumah tu cari tali apa-apa, lepas tu kita ukur dari atas kepala. Kalau boleh aim mana nak letak veil tu. Ukur sampai panjang mana yang kita nak sama ada sampai cecah lantai pun boleh. Terpulang. I ambil ukuran sampai pinggang, 34 inchi


Langkah kedua:
Ukur pulak dari tengah kepala *tak kisah nak ukur bahagian kiri atau kanan* sehingga siku atau hujung jari. Darab dua dan i dapat ukuran 54 inchi. Jangan lupa untuk darab dengan 2, kalau tak nanti dapat sebelah je.


Langkah ketiga:
Guna ukuran tadi atas suratkhabar. I guna 4 helai suratkhabar jenis panjang macam Utusan. Gam atau double sided soletape suratkhabar tu supaya bercantum. Kemudian, di bahagian bawah gunting untuk dapat kan potongan U. Macam gambar kat bawah ni sebagai rujukan.


Gambar ihsan  Puan non-cinderella-story

Langkah keempat: 
Tekap kan suratkhabar atas kain, amik jarum peniti. lebihkan sedikit di setiap hujung untuk di jahit tepi. Gunting secara berhati-hati Kang terlajak. Sila guna gunting khas untuk kain sahaja supaya tidak tertaik kain tu. Oh lupa pulak, korang boleh juga guna kain net kalau berminat. Lagi sekali terpulang ikut cita rasa masing-masing.


Lepas tu dah boleh jahit tepi dan hias veil anda sama ada jahit manik atau border lace.

Thursday 5 January 2012

For You

Posted by dyh at 15:29 0 comments

AMEEN

Gunting dan potong

Posted by dyh at 10:36 0 comments
Dua perkataan itu je yang kita guna.
Mari belajar memotong kain untuk di buat veil.


Mudah-mudahan tak senget atau tak tertarik benang kain itu.
Amin


Kita tengok hasilnya nanti
tunggu ye

Tuesday 3 January 2012

Tarikh Majlis

Posted by dyh at 11:54 4 comments
Berbalik pada rancangan Plan E melalui post yang lps, setelah berbincang tarikh telah di persetujui. Mengikut perancangan nak buat majlis sekali dengan majlis cukur jambul bakal anak buah yang baru.


Nape bakal anak buah baru? My sis di jangka bersalin bulan depan, Februari 2012. Nak jimatkan masa, tenaga dan wang RM, kami sekalikan majlis. Dan my sis cakap mungkin dia nak buat aqiqah sekali. Duit mmg simpan dah, takut guna lak nnt.


Kiranya kami akan berkongsi RM untuk sewa kanopi dan menu makanan. Diharapkan agar majlis akan berjalan lancar.
 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling