Wednesday 23 January 2013

Cuti cuti

Posted by dyh at 20:32 1 comments
Yeay best best, esok cuti, sabtu ahad isnin pun cuti. Dapat la siapkan paper bag gula-gula. Target siap kan dalam Januari ni jugak. Lagi 443 pcs je.


Ikut entry kat bawah pasal debor takut sama tarikh dengan PRU sebab abah org kuat politik. For sure abah busy. Then, kawan-kawan abah ada pesan tahun lepas masa nak tunang, masa tu hangat jugak kata nak pilihan raya, kawan abah cakap jangan kene waktu pilihan raya, macam mana mereka nak datang tolong rewang.


Sebut pasal PRU, ada kenangan yang best. Pengalaman pertama mengundi tahun 2008. Masa tu muda, zero pasal politik ni, kawan-kawan pun mana ada daftar nama jadi pengundi. Terpaksalah ngecek kakak ajak gi sama-sama.


Memandangkan PRU sebelum-sebelum ni abang kedua terlibat jadi petugas, nak pulak dia bertugas kat kawasan mengundi kami sekeluarga, so eksaited nak usha dan nak bahan abang. Yelah tahun sebelumnya abang ditugaskan membawa warga tua ke tempat @ step2 mengundi. Tapi hampeh sebab abang awal-awal lagi minta tukar tempat bertugas since dia tau ktorg dah boleh mengundi tahun berkenaan, dia tau ktorang sure nak bahan dia. Kihkihih..Dia pun katanya pernah je kene tolong kira undi.


Oleh sebab gi sama-sama, so kakak masuk dulu, masuk sorang-sorang, then masa kakak dh uruskan kat peti kedua, nama dipanggil, masa tu kakak nak kuar, boleh pulak selamba badak je, panggil kakak suruh tunggu, padahal tertera simbol senyap. Hehehe..Petugas semua masa tu pandang je. Malu lak masa tu, cepat-cepat setelkan dan blah.


Sebelum ni ada je pilihan raya kampus, tapi masa tu tak payah gi mengundi sebab menang tanpa bertanding. Masa tahun ketiga dan tahun keempat je baru la terhegeh2 gi mengundi. Masa ni dah start ramai student kuliyyah sebab junior makin ramai. Ktorang masa tu pun batch ke-4, tu yang sket dan tak ramai yang nak bertanding.

Tuesday 22 January 2013

Debor debor debor

Posted by dyh at 20:18 3 comments
haih! masa makin berjalan.
ni yang makin berdebor.


persiapan?
sikit sikit sikit


berdebor debor sebab ada khabar mengatakan PRU a.k.a pilihan raya bulan 3. Lebih konfiden nak cakap sure masa cuti sekolah. Lagi konfiden abang ipar memberitahu peti undi sudah lama sampai di opis. Dia juga telah dilantik oleh pengarah disana untuk bertugas ketika proses mengundi. Dia bangkang habis sebab penat nak jaga 3 kawasan. Dia kata kemungkinan 30 atau 31 mac. Memandai je dia.


er er..mesti rasa debor sebab kenduri kahwin bulan 3, cuti sekolah. hmmmphhh..mood pun berkecai. Apa-apa pun semoga Allah permudahkan segalanya.


Kita tunggu je la Pak Najib umukan tarikh panas!

Sunday 13 January 2013

Persiapan terus berjalan

Posted by dyh at 20:17 9 comments
Semalam dapat siapkan lagi 200 bungkusan gula-gula (paper bag). Hari ini production zero, kilang tutup. Hihi B)


Semalam jugak kakak ipar dan abang yang kedua datang bawak gift (pen) dan bunga manggar yang diorang beli di kampung halaman kakak ipar, di Air Hitam, Batu Pahat, Johor. Diorang yang rambang mata, ikutkan dah tak nak beli gift. Tau-tau diorang dah beli, siap buatkan sticker lagi. 


Kat sana ada bekas hantaran yang unik dan menarik, new style, diorang nak beli gak, tapi tak nak sebab nak recycle je yang kakak punya. Kakak ipar pujuk nak beli, dia cakap nanti bagi untuk adik dia pakai pulak ke. Tengoklah nanti kalau diorang balik Johor lagi, kirim apa-apa barang yang tak cukup lagi.




Akhir bulan ni, diorang ada lawatan office ke Vietnam, kakak ipar cakap nak usha gift kot ada yang dia rasa berkenan. Adeh, tak tau camne nak cakap lagi. Huhuhuh..


Tadi pergi Nilai 3, cari kain untuk baju melayu. Mak jumpa langsir yang berkenan, terus tempah jahit. Ikutkan tak nak sebab masa kakak kahwin tahun 2011 pun buat baru *niat tak nak membazir*. Kita sebagai anak ikutkan sahaja. Hahaha





p/s: berdebar dengan persiapan. Semoga Allah permudahkan dan majlis berjalan lancar.


Friday 11 January 2013

peta kedai borong

Posted by dyh at 16:20 2 comments


entry sebelum ni ada yang tanya di mana kedai borong makanan ringan yang saya beli gift untuk tetamu kan. especially sha dan sya tu dia peta untuk rujukan. jangan ikut direction anak panah warna biru tu. ikut arahan petunjuk jalan di bawah. :)

direction :

masuk lorong arkib mara, nampak simpang ala2 T, pusing kanan, ha jumpa tempat parking which is sebelah tokong cina. actualy parking tu belakang kedai jek. masuk lorong kecik, hah nanti nampak ada bas( kalo bas adalah), tak pun orang2 yang menunggu bas, gi kanan, ha dah dekat tu dgn kedainya. minta maaf la sbb tak ingat kedai yang ke berapa, tp korg jmp dl kedai baju perempuan, boleh lah korg cuti mata dl. hehehe


p/s: ni bukan ps3 tau! Tadi kakak call, dia cakap marshmallow kedai neu econ ni murah jgk, dia survey tmpt lain mahal, plan amacam nak beli dan isi dalam jar since kat rumah ni ada buat koleksi simpan bekas jar. Jeng jeng jeng, nak bagi sapa ek? Bagi keluarga mertua kot. Mari kita kosongkan barang2 simpanan dalam rumah.

Thursday 10 January 2013

Kedai Borong Makanan Ringan

Posted by dyh at 07:57 4 comments
Entry kali ini saje nak share kedai borong makanan ringan
atau orang Jawa panggil JAJAN ;)


Bagi mereka yang berada di Kajang, Bangi atau Serdang
bolehlah datang 
sampai kedai tu mesti rambang mata


Bagi mereka yang nak buat birthday party anak-anak
boleh dapatkan barang di kedai tu
tahun lepas cari gift besday party nephew kat sini
tak lupa jugak beli biskut timbang


Barang mainan pun ada
Biasa peniaga kecil memang beli borong


Harga memang harga borong
Tapi hari tu beli dapat kawtim harga lagi murah


Gambar dibawah contoh yang diambil berserta kuantiti atau berat dan harga sekali
Boleh buat perbandingan, mana tau tempat lain lagi murah ke








Ni marshmallow 1kg 


Wednesday 9 January 2013

WW

Posted by dyh at 13:20 2 comments

Apakah ini?

Monday 7 January 2013

Progress Gift, hadiah buat tetamu

Posted by dyh at 15:43 5 comments
Entry sebelum-sebelum ni ada cerita pasal plan buat paper bag kecik dari kertas
boleh refer link di bawah


Tapi tiada tutorial sebab macam susah nak ajar step by step
buat pun try n test sendiri
tgk contoh yang ada
MAAF YE


Kalau nak, mai datang kenduri chek ;)






dah siap 400pcs paper bag cute lagi comel 
:)
inilah paper bag yang dibuat sendiri oleh bakal pengantin
tunang tolong masukkan gula-gula dan stapler bahagian atas



Gula chewy 
Ada 4 jenis : oren, strawbery, anggur, coklat
beli di kedai borong di kajang
sederet dengan Maybank
di pekan yang sibuk tu

 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling