Wednesday 20 February 2013

WW ~ Bunga Pensel

Posted by dyh at 07:48 16 comments


#kanak-kanak #diy #gift #limited

Tuesday 19 February 2013

Kek idaman

Posted by dyh at 22:59 3 comments
Sekarang ni popular kek ton atau ombre cake..suka suka


terus emel kat kawan, nak macam ni, kaler itu ini, ewah-ewah haruslah bg idea kannn..dia ni my bff, masa tunang pun dia yg buatkan ikut design dan kehendak kwn baik dia ni..hahaha


Alamak, tetibe tak tau nak pilih warna biru ke pink..


Sweet sangat!


Tapi mungkin tak combine sekali dan tindan kek by tingkat
Buat asing2 sebab fobia pulak kalo kek tu lari atau rosak

masa abang kahwin pun kek melekat kat kotak, abang la salah tak bgtaw kami yang dia nk pi amik kek 3 tingakt, ha kau sekali comot2, ktorg coverline yg rosak tu ngadap pengantin bukan ngadap tetamu

macam masa tunang, kek dari pihak tunang, buka buka mak aih macam ni jadinya



Bole klik kat Rujukan kek bermacam contoh kek.



Nilah kek tunang yg kawan buat ikut design yg dyh nak.
Full dengan cheese choclate

Monday 18 February 2013

40 hari lagi

Posted by dyh at 21:46 9 comments
Hai ketemu lagi kita, ingat dh takde masa nak update..curi peluang (p/s : dulu baca je luahan hati bride to be, skang ha ko rasa sendiri)


Ntah kenapa rasa berdebar dan risau.
Boleh pulak last minit family esp abang nak buat garage (cewah omputih la sgt) baru. roboh yang lama, dh reput pun atap.
Tadi abang cam tak puas hati, stress mendengarnya bebelan dia. kalah orang perempuan.


Sebelum tu sampai2 opis, dalam mengah naik tangga ke tingkat 3 bawakkan barang opismate, lagi sorang bgtaw, dah nak dekat kahwin..
Masa tu blur, berapa hari lagi pun tak ingat. Ni ingat sebab tgk countdown dalam blog.


Beberapa perancangan dah difikirkan, contohnya:


Kain warna khemah (lupe nama nya, main belasah, asalkan ada yang faham), plan nak biru kelabu. Tapi fikir balik ada ke kelabu, hitam ada la. Abah cakap biruhitam akan buat majlis gelap, macam kenduri jiran awal februari lepas. So kawan suggest birupink. Dia jugak suggest pengapit baju kaler pink. No no no, nnt pengapit overshadow i plak. hahaha, so pilih kelabu je lah ek.


Khemah amik 8, 2 besar, 6 kecik. Memandangkan tokey khemah ni jiran selang 4 pintu, so sangat senang incase tak cukup kerusi meja. Amik sikit sebab abah cakap tetamu kami tak dtg serentak, ada yang dtg sabtu siang, ada yg dtg masa nikah ( ni terjadi masa kakak nikah, mak gi toilet, tak memasal jadi ganti mak sambut tetamu). Huhu, kawan adik ingat kami amik 10 khemah, salah info pulak diorg ni. And kawan adik cakap org guna khemah dgn jiran ni dlm kawasan kejiranan kami cuma majlis dyh dalam masa terdekat ni, yg lain jauh2.


Makan beradap minta tolong sepupu, just kene beli bahan nanti. Sepupu ni tak ekspert sangat bab makan beradap even dia tenaga pengajar bidang kulinari, tapi laki dia ngajar kat KDU, ekspert lar kan, kakak kahwin pun diorg yg masak n gubah. Sodap. Btw laki dia satu opis dgn chef dari rancangan Masterchef. haruslah masa diorg kahwin, chef selebriti dtg. Diorg ada tanya nak menu apa, diri sendiri pun tak tau, serah kat diorg sebab pengantin bukan dapat mkn sgt.  setuju tak? Setuju sangat sebab masa abang kahwin majlis pihak kakak ipar, ktorg belasah lauk, pengantin dapat nasi je, kehkehkeh


Friday 15 February 2013

Helmet

Posted by dyh at 21:02 4 comments
Okeh, hantaran kali ni bagi baton kat kakak ipar, hehe, dia kreatif bab gubah ni..lg pn kalo pengantin yang buat, haru, mana ada masa ni..


Nak jimat dan tak nak penuhkan bekas hantaran dalam bilik, jadi recycle balik kakak punya, ala beza dua tahun je kot, kihkihkih


tetibe tunang list barang dia, okeh, kamera, jam tangan, kasut (eh ada ke lupe plak, ke dia dh pakai kasut tu), hoi apa lg eh, otak tak leh fokus dah, yang ingat benda yang dia beli senyap-senyap iaitu HELMET! brg lain dia bgtaw tp yang ni br dpt taw, hampeh. grrrrr


alamak, cam takde dulang jek utk helmet tu duduk. eh letak la! :)

Topup doorgift

Posted by dyh at 20:47 0 comments
Hape? kene topup lagi?


Aritu dh beli doorgift - gula-gula, keropok, kek - 1500, pastu abang sulung cakap "weiii mana cukup, ko bahagi 2, ko ingat jemputan 750 je ke? cube ko kira, ipar duai aku je 12 ko darab 2, 24 kan, tu belom ko kira anak2 cucu diorg..tu belom ko campur sedara belah abah, kawan-kawan abah". then kakak sampuk iyelah, masa aku kawin pun ada kawan-kawan abah tanya napa diorg tak di jemput, abah lupe tu"..adik pulak sampuk, masa kakak kwin kan ramai", abang ipar pulak tambah, "brg2 tu ada lebih sbb sepupu kita kan sponsor bahulu"..


ye saya akui kata-kata kamu semua, tp ntah la risau dan tgh kurangkan bajet ni. hehe


kene gi beli lagi 1500..
biarlah lebih, jgn tak cukup kan..


erk...poning, bertambah pening duk opis lama2 ngadap pc..

Sunday 10 February 2013

Fitting baju sanding

Posted by dyh at 07:52 7 comments
Dapat call dari butik suruh datang fitting baju. Baju nikah dia tak amik lagi.
Dulu kata nak buatkan baju nikah jubah moden, tup tup baju peplum pulak.


Actually baju ni tak siap lagi, bahagian bawah tu yang tak abes jahit.
Masa datang, dia tengah nak jahit veil.
Tudung pun tak buat lagi.
Dia sorang buat tak cukup tangan.



Sila abaikan muka yang tak semenggah tu. Haha


Masa nak sarung, cuba sarung masukkan kaki dulu, dah agak mesti tak leh tarik sebab sangkut kat peha, HAHA, ye saya nye peha cam drum stick. 
Semua orang tertipu dengan kekurusan saya.
so kene sarung dari atas. 


Friday 8 February 2013

Sweet!

Posted by dyh at 23:12 3 comments
Tunang sudah booked tiket flight 
nak gi berjalan a week after setel kenduri pihak laki..weeeehuuu


Rasa terharu lagi 
bila


dapat emel dari tunang
itenery


siap pesanan kat bawah emel tu
"Hope that we will enjoy this moment as a part of our beautiful marriage, dear!"


nak kahwin ni mula dapat ayat bestbest!
sila muntah!

Tuesday 5 February 2013

Bilik Tidur vs Pelamin

Posted by dyh at 21:02 3 comments
Seronok tgk persiapan bakal pengantin. Ada yg cerita pasal bilik pengantin. Syok nye diorg dh ada idea.


Kita belum ada. Sob sob sob.


Rasa tak de pun nak hias2 bilik pengantin, sebabnya:
1) pinjam bilik anak buah . Disebabkan rumah famili sudah penuh dengan barang dalm setiap bilik, abang pun siap offer suruh guna bilik anak dia dimana sebenarnya rumah abang sebelah rumah famili, ikut tradisi kakak guna bilik tersebut sbg bilik pengantin, dan dengan kelengkapan set bilik tidur sedia ada. Tak yah beli pape utk bilik pengantin. Yeay! Jimat duit. 
2) tak ada idea lagi, lg pun pnjm bilik anak buah, ingt nak minta kat mak andam sikit bunga hidup, utk tabur2 kelopak bunga @ beberapa kuntum letak dlm vase.
3) bilik pengantin buat syarat je. HAHAHA


kat bawah ni gambar keadaan bilik masa kakak kahwin. Simple je sebab bilik ni guna utk make up dan orang akan lalu lalang nak gi rumah sebelah ikut beranda. Cuma keadaan bilik ni sekarang penuh dengan mainan anak buah. Sekarang ni kalau usik anak buah, mesti dia ugut cmni, "kakak tak nak bg pnjm bilik kakak masa kahwin nnt".




Dah tgk muka kakak kat atas? Akan gunakan khidmat mak andam yang sama dengan kakak sbb kita dah kenal dan biasa cara dia. Cuma sedih baju nikah n sanding tak tgk lg, ikut kata-kata mak andam tu, weekend ni dh ready. 


Pelamin pulak tak ikut mcam dari zaman abang dan kakak buat kat dalam kawasan antara pagar dan pintu. Korang leh imagine tak?
Kali ni pelamin letak kat luar, dalam kawasan khemah sebab tak larat nak kemas kat pagar n agak sempit sikit kalo org nak tgk pengantin. Semua dh bg green light. 


Gambar bawah ni pelamin masa kakak kahwin. Nampak luas sebab kami ada 2 rumah dimana bahagian depan ktorg buang pembahagi rumah. Kalau nak tahu pagar sebelah kiri tu tak pernah buka, anak kunci pn ntah kemana, so memang guna satu pagar je utk keluar masuk, tu yg sempit, nak pulak masa kenduri ada yg selipar kasut masuk longkang. Hiks!


Monday 4 February 2013

Menu Kenduri

Posted by dyh at 21:28 3 comments
Ahad lepas ada perbincangan dengan ahli keluarga berkenaan menu masa kenduri nanti. Kurang dari 2 bulan okeh. Masa ni abang kedua awal-awal lagi dah balik sebab kena hantar mak mertua gi hospital.


Setelah dibincang, menunya adalah:

hari sabtu
siang - nasi putih| sup tulang(ada lebih bawak ke malam)|sambal kicap]puding karamel(spondored by abang+kaka ipar)
malam waktu nikah - kambing golek (sponsored by kakak, akikah anak lelaki, thn lepas buat jugak masa
bertunang)|sambal tumis udang|telur itik masak lemak|nasi putih|air teh/kopi/sirap

hari ahad
kemuncak - nasi minyak|nasi putih|daging masak gulai kawah|ayam golek|tumis kacang panajng+perut
lembu|pajeri nenas|acar buah|buah limau|air biru (ni belum decide perasa apa either lemon or
soda)

kudapan atas meja
kerepek pisang|bahulu|kerepek ubi pedas|kerepek ubi masin|keropok roda|air mineral


ni yang telah dibincang dan dirancang, tak taulah pak mak sedara bawak apa. Biasa ada yang bawak tapai, telur pindang, ikan untuk makan beradap. Ni berdasarkan majlis kahwin kakak dan abang. Kebanyakannya persiapan kahwin refer kepada majlis senior!


eh lupa nak bgtaw, ni bukan tempah catering bukan jugak masak sendiri tp rewang bak kata org jawa.

Nasihat kepada bakal pengantin

Posted by dyh at 20:43 0 comments
Lama dah tak jenguk blog since busy dengan keje. Weekend yang baru ni tarikh cantik uolls, 02022013. Ramai yang kahwin sabtu dan ahad baru ni termasuklah Cik Mah. Selamat Pengantin Baru.


Dan tak lupa jiran yang kahwin hari sabtu dan ahad baru ni. Ni nak cerita, bukan marah cuma nak nasihat since rumah famili ni dekat sangat dengan pintu kecik menghala UPM. Means motor sahaja yang boleh lalu. jadi, bila lorong utama lalu itu di tutup, pekerja2 UPM yang tinggal di sekitar sini akan lalu jalan depan rumah family.


Tapi nak jadikan cerita sejak khamis petang khemah sudah dipasang sebabnya kenduri hari sabtu. Tapi kerusi meja tak psang lagi. Ni ok lagi tak kisah parking hujung simpang sebab memahami. Nak selamat parking jauh, senang sok nak gi keje.


Yang buat geram, laluan utama ditutup sebab ada orang pasang khemah petang jumaat dikala orang berpusu2 pulang dari tempat keje. Boleh bayangkan tak betapa penunggang motor kene belok2 masuk simpang sini, pusing sana. Kenduri jiran ni hari ahad, khemah pasang sebab untuk orang masak2. Itu kita faham tapi tolonglah pasang waktu malam masa orang tak sibuk lalu lalang. Kita tak boleh lah halang jalan orang kan


Masa ni dah tau sebab adik dah sms awal2 suruh lalu @ parking tempat lain. So nmpk spot  kosong lorong belakang rumah. jauh jugak berjalan, parking jek since tempat tu bukan dpn rumah org. Konon eksesais kuruskan badan parking jauh, pdahal dh memang kurus bebenor ni. Sampai2 rumah, mak tanya parking mana n bgtaw org semua marah2 kes buat kenduri kahwin dekat2 n pasang khemah waktu tak sesuai.


Lagi orang marah ada yg parking kereta kat lorong tgh. Motor nak lalu sempit. Kang langgar @ calar marah lak. Baik ikut macam saya ni amik langkah slamat, parking jauh. HEHE


So nasihat kepada bakal pengantin, make sure pi check kat masjid @ surau  @ dgn jiran berdekatan @ sedara mara tarik kahwin yg korg pilih. Jangan sama tarikh ok! Byk kes dah dgr bila ada sesama sedara sendiri tak mau mengalah pasal tarikh kahwin.
 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling