Monday 26 December 2011

Lempeng Manis

Posted by dyh at 17:03 0 comments
Kenapa resepi aku Lempeng manis? Sebab nak buat pancake, rasa dah sama tapi tak lembut macam pancake, rupa macam lempeng. Hahaha.. Kene cari resepi lain atau ubah mana bahan yang salah.


Bahan-Bahan
  • 6 sudu tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu susu pekat + 1 cawan air panas
  • 1 sudu marjerin yang telah cair
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
Masukkan semua bahan dalam bekas, kacau sampai rata. Goreng ikut sukatan yang diingini.


Pertama kali buat aku letak 3/4 cawan air + 1 sudu susu pekat, rasa manisnya ada, masa tu letak serbuk penaik. Semalam buat 1 cawan air + 1 sudu susu pekat, lidah aku tak rasa manis, pi tambah gula sikit. kakak ipar cakap manis, tp napa lidah aku masih tak rsa manis? Dan aku tak letak serbuk penaik sebab tak de. 


Sunday 25 December 2011

Kek Lapis Oreo

Posted by dyh at 23:00 0 comments
Hari tu teringin nak cuba resepi ni. * dah lama buat, nasib simpan resepi lagi* Penat nak kukus selapis demi selapis. Hasilnya teruk oreo tu. Hihi. First trial!




Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A 
  • 1/2 cawan gula halus(kalo xde, kisar gula pasir)
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1 s/t esen vanilla
  • pewarna 2 jenis *warna pink dan kuning*
  • Biskut oreo secukupnya (dibuang krimnya)


Cara-Cara:-
  • Panaskan periuk pengukus.
  • Sediakan loyang, lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.
  • Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas, ketepikan.
  • Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang, masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  • Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  • Masukkan tepung dan putar hingga sebati dan juga esen vanilla.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan 2 pewarna
  • Tuangkan adunan warna pertama kedalam loyang terlebih dahulu dan susunkan biskut oreo diatasnya, kemudian tutup loyang dengan kertas foil@kain@tisu masak, kukus selama 7-10 minit.
  • Ulang proses yang sama sehingga habis adunan.
  • Untuk lapisan yang terakhir biarkan kukus lama sikit kira-kira 1 jam-1 1/2 jam untuk kek masak rata.

Bunga Pensel

Posted by dyh at 15:17 0 comments
Nak share DIY yang aku and my sis buat untuk majlis kenduri kahwin my sis. Idea ni aku jumpa dalam suratkhabar, terus tunjuk kat my sis. Die berminat dan bermulalah masa terluang dengan buat aktiviti seni ni.

Gift ni untuk kanak-kanak.
Ada pemadam bergambar, pensel pun penuh dengan corak, pengasah pensel bermacam warna
Kebanyakan bahan my sis beli kat MYDIN.





Bahan yang diperlukan adalah gula-gula (my sis beli mentos), pemadam, pensel, pengasah pensel, kertas jagung, dawai yang orang selalu buat bunga telur, pelekat yang orang selalu gulung kat lidi bunga telur, plastik bergambar atau plastik balut buku. (maaf ada nama saintifik *la sangat* yang aku x tahu)





Kenapa namanya bunga pensel?
Kerana pensel di jadikan sebagai batang atau tangkai dan pemadam, pengasah pensel dan gula-gula di balut dengan plastik dan digulung dengan kertas jagung untuk dijadikan kelopak bunga.


TARAAAAAAAAAAAA, 
inilah hasilnya.
actually akak aku hanya buat dalam 100 batang je.
rupanya ramai yang berminat, sampai ada budak-budak nangis, lepas dapat bunga pensel ni terus diam :)




Yang sangat mencabar bila nampak macam senang tapi mula-mula buat memang terkial-kial tangan ni nak gulung bagi ketat gulungan kertas dan kemas.
 Comel je aku buat kata akak aku lah. Kira tangan aku ni pun bersenilah.

Friday 23 December 2011

Guestbook Fingerprint

Posted by dyh at 20:43 0 comments
Terjumpa idea ni dari Guestbook
Actually the original idea from Etsy


Cuba tengok guestbook ni yang lain dari yang lain
Jom scroll ke bawah, tengok dulu, mana tahu dapat idea




Ada pokok





Ada rumah, siap dengan belon.




Ha! Yang penting idea buku tetamu cap jari ni semua golongan umur boleh buat. Tak caya? Tengok gambar bawah!  Si kecik pun boleh join, kan manis tu!
Kalau buku tetamu lain, bayi tak dapat nak tandatangan bagi ucapan, kene guna wakil.




Kalau nak asingkan ikut keluarga, saudara dengan kawan-kawan, satu idea yang cun tapi agak leceh untuk mereka kene cari muka surat. Mereka kadang nak cepat, mana tahu ada orang tunggu giliran. Terpulang ikut citarasa sendiri.





Kalau nak buat sendiri @ D.I.Y, cari kertas lukisan ke, yang penting kertas tebal, lepas tu reka lukisan sendiri. Jangan lupa sediakan tisu untuk tetamu bersihkan jari, beberapa batang pen untuk tetamu tulis nama mereka dan dakwat cap jari untuk calitkan di ibu jari mereka.



Idea ini fresh dengan mengambil masa yang sedikit tanpa memerlukan tetamu memikirkan ucapan yang kreatif. Kekurangannya adalah pengantin tak dapat baca pesanan personal tetamu. Apa kata anda selitkan helaian kosong untuk tetamu menulis ucapan atau pun bilangan ranting di kurangkan supaya ada ruang untuk tetamu menulis pesanan mereka. 




Mudah bukan! 
Gunakan idea yang terbaik dalam menyediakan buku tetamu.


Thursday 22 December 2011

Plan E

Posted by dyh at 18:38 0 comments


Kita hanya merancang, Allah yang menentukan


Perancangan sudah di buat tapi masih dalam perbincangan kami berdua sahaja. Belum sampai ke dua belah keluarga lagi, tunggu masa sesuai. Mungkin belum sampai masanya lagi, tapi InsyaAllah akan tiba juga.
☻♥☻
/█\/█\
.||.||.


Cuma aku ada belek-belek, cari idea. Iyelah, majlis biasanya kita yang perempuan kena nampak cantik. Ada beberapa perancangan yang nak di buat sendiri sebab nak kurangkan kos. Tunggu sahaja ya.

Wednesday 21 December 2011

Adat Perkahwinan Orang Melayu Islam

Posted by dyh at 18:27 2 comments

Tuesday 20 December 2011

Start All Over Again

Posted by dyh at 16:46 0 comments
Assalamualaikum
Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan blog baru ini. 
Bosan dengan yang lama, tapi masih sayang nak tinggalkan dunia blog.


Kita lupakan yang lama dan hidup dengan yang baru.
Blog baru berubah dan lain kerana aku perlukan perubahan.
tapi aku masih selitkan post di blog dulu kerana ia menjadi sumber bagi aku.


Aku bukan sahaja jadi penulis blog, bahkan aku mula berjinak menjadi perancang perkahwinan, tukang masak dan tukang jahit. 
PERASAN
maksudnya akan diselitkan resepi yang aku masak, jahitan yang aku buat dan idea mengenai perkahwinan
 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling