Wednesday 21 March 2012

Hadiah Untuk Tetamu

Posted by dyh at 14:48
Hitung-hitung tingal 3 hari sahaja lagi. Persiapan ada yang sudah siap, cuma bab makanan sahaja yang belum.
Minggu lepas siapkan hadiahuntuk tetamu, termasuklah sedara-mara, orang marhaban dan kawan-kawan, ni termasuk jemputan keluarga.



Disebabkan sebelum ni dyh terlebih rajin, dyh buat kotak dari kertas warna warni yang ada dalam simpanan dyh. Untuk jimatkan kos, dyh guna kertas dengan ketebalan 80gsm sebagai penutup dan kertas ketebalan 100gsm sebagai lapik bawah.




Dyh terlebih rajin lagi, bagi cadangan kat kakak dan abang ipar untuk design kotak tersebut. Jemputan tak ramai, jadi dyh hanya buat 60 kotak sahaja. Siap isi terus gula dan coklat. Tiba-tiba berlebih pulak gula-gula, mak suruh letak sikit kat hantaran dyh dan kotak limited, jadi kami masukkan gula-gula dan coklat dalam plastik putih.



Ni hasil selepas gam pada kotak. *nak jimat, xnak beli kertas sticker*



Template kotak ni kawan dyh bg, dia buat masa dia kahwin, ada dyh simpan, kalau ada yang berkenan, boleh la bg emel, dyh akan forwardkan.

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan pandangan anda ;)

 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling