Wednesday, 18 July 2012

Mampu ke?

Posted by dyh at 16:02
Semalam pergi butik pengantin yang kakak aku ambil tahun lepas. Kakak butik tanya nak pakej macam mana. So aku pn tak tahu nak decide, cakap je sama macam kakak aku. Then dia cakap harga RM 4500. Bunga guna bunga hidup. Pelamin yang ada bunga besar, trend sekarang. Agak2 mahal x?


Lepas tu dia tanya tema warna apa? Disebabkan masa 2 orang abang aku dah warna hijau, kakak aku ungu, jadi aku pilih biru. Kakak butik suruh pilih baju yang berkenan. Yang ada biru putih, aku tak minat. Dah tu ada biru lagi satu tak minta jugak. Then kakak tu tunjuk baju lelaki biru muda, baby blue. Tapi baju perempuan tak buat lagi.


Aku berkenan dengan kain lace yang kakak tu tunjuk. So, dia cakap kalau setuju, dia akan ke Jakarta hantar baju untuk jahit dan beli manik. Di sebabkan tunang aku kecik orangnya, baju dia pun kene buat yang baru. tak da saiz.


Hmmm...pening jugak bila difikirkan hal baju pelamin ni. Belum photographer lagi.

4 comments:

Rahmah said... Reply To This Comment

btul tu...cik mah custom made bj..akk butik suruh anta design..mlsnyer lah nk design..nasib pelamin yg berkenan die ade..hehe...cr fotograper pun 1 maslah jg kn..mcm2 skrang ni..kn pilih ngan berhemah... :)

dyh said... Reply To This Comment

cik mah!! cari contoh design baju yg ada..hire kwn je, then minta murah utk photographer..

qaseh said... Reply To This Comment

Mungkin kot memang harga tu sekarang.. tapi apapun bergantung kepada bajet masing-masing. Kalau ada bajet, boleh la teruskan.. :)

dyh said... Reply To This Comment

qaseh, bajet lari la jugak, hoho.Tapi still korek duit mana yang ada.

Post a Comment

Jom tinggalkan pandangan anda ;)

 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling