Sunday 25 December 2011

Bunga Pensel

Posted by dyh at 15:17
Nak share DIY yang aku and my sis buat untuk majlis kenduri kahwin my sis. Idea ni aku jumpa dalam suratkhabar, terus tunjuk kat my sis. Die berminat dan bermulalah masa terluang dengan buat aktiviti seni ni.

Gift ni untuk kanak-kanak.
Ada pemadam bergambar, pensel pun penuh dengan corak, pengasah pensel bermacam warna
Kebanyakan bahan my sis beli kat MYDIN.





Bahan yang diperlukan adalah gula-gula (my sis beli mentos), pemadam, pensel, pengasah pensel, kertas jagung, dawai yang orang selalu buat bunga telur, pelekat yang orang selalu gulung kat lidi bunga telur, plastik bergambar atau plastik balut buku. (maaf ada nama saintifik *la sangat* yang aku x tahu)





Kenapa namanya bunga pensel?
Kerana pensel di jadikan sebagai batang atau tangkai dan pemadam, pengasah pensel dan gula-gula di balut dengan plastik dan digulung dengan kertas jagung untuk dijadikan kelopak bunga.


TARAAAAAAAAAAAA, 
inilah hasilnya.
actually akak aku hanya buat dalam 100 batang je.
rupanya ramai yang berminat, sampai ada budak-budak nangis, lepas dapat bunga pensel ni terus diam :)




Yang sangat mencabar bila nampak macam senang tapi mula-mula buat memang terkial-kial tangan ni nak gulung bagi ketat gulungan kertas dan kemas.
 Comel je aku buat kata akak aku lah. Kira tangan aku ni pun bersenilah.

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan pandangan anda ;)

 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling