Sunday 8 January 2012

Veil @ Layah

Posted by dyh at 23:17
Hari ni baru berkesempatan gunting kain chiffon untuk di buat veil. 
Ada pilihan bentuk veil sama ada kita nak veil kita tu bentuk oval atau bentuk D.


Pilih dan tengok gambar kat Google, berkenan dan mudah untuk gunting bentuk D.



Langkah Pertama:
Ambil tali tape, kalau takde kat rumah tu cari tali apa-apa, lepas tu kita ukur dari atas kepala. Kalau boleh aim mana nak letak veil tu. Ukur sampai panjang mana yang kita nak sama ada sampai cecah lantai pun boleh. Terpulang. I ambil ukuran sampai pinggang, 34 inchi


Langkah kedua:
Ukur pulak dari tengah kepala *tak kisah nak ukur bahagian kiri atau kanan* sehingga siku atau hujung jari. Darab dua dan i dapat ukuran 54 inchi. Jangan lupa untuk darab dengan 2, kalau tak nanti dapat sebelah je.


Langkah ketiga:
Guna ukuran tadi atas suratkhabar. I guna 4 helai suratkhabar jenis panjang macam Utusan. Gam atau double sided soletape suratkhabar tu supaya bercantum. Kemudian, di bahagian bawah gunting untuk dapat kan potongan U. Macam gambar kat bawah ni sebagai rujukan.


Gambar ihsan  Puan non-cinderella-story

Langkah keempat: 
Tekap kan suratkhabar atas kain, amik jarum peniti. lebihkan sedikit di setiap hujung untuk di jahit tepi. Gunting secara berhati-hati Kang terlajak. Sila guna gunting khas untuk kain sahaja supaya tidak tertaik kain tu. Oh lupa pulak, korang boleh juga guna kain net kalau berminat. Lagi sekali terpulang ikut cita rasa masing-masing.


Lepas tu dah boleh jahit tepi dan hias veil anda sama ada jahit manik atau border lace.

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan pandangan anda ;)

 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling