Sunday 1 April 2012

berdarah manis

Posted by dyh at 21:54
Alhamdulillah. Sudah seminggu dyh selamat menjadi tunang orang. Ada kawan-kawan usik dyh tengah berdarah manis, ada yang memuji dan ada yang menasihati. Terima kasih dan doakan yang terbaik untuk dyh.


Isu jangka masa bertunang agak lama timbul. Dyh sedar itu semua tapi nak buat macam mana, banyak persiapan yang perlu dilakukan, sebab itu kami perlukan banyak masa.


Tak dinafikan ramai kawan yang bertunang dalam jangka masa tak sampai setahun, mungkin keluarga yang tanggung majlis mereka, mungkin mereka tak perlu fikir tentang isu rumah, mungkin mereka tak fikir kehidupan selepas majlis.


Tapi bagi dyh sekeluarga kami memang biasa ikat dalam masa yang lama bila melibatkan majlis di sebelah pihak perempuan. Berpandukan majlis kakak dyh. Kami perlukan perancangan yang rapi. Kalo difikirakn dari sudut negatif seperti dugaan, memang merisaukan. Tapi kita boleh mengenal keluarga dan diri bakal pasangan kita dengan lebih akrab lagi.


Dan bagi kami adik-beradik akan menyenangkan mak abah dengan membelikan barang keperluan rumah. Duit semua tu. Rancang dengan kakak nak tukar perabut sofa. Tapi abang sulung pula nak bagi sofa rumah dia sebab dia nak beli baru. Macam kakak, masa dia sibuk buat persiapan majlis kahwin, sempat keluarkan duit untuk beli almari. Jadi, nak tunjuk di sini, kami bukan sahaja sediakan barang untuk diri sendiri tapi untuk rumah mak abah. Mungkin dah terbiasa cara macam ni dari zaman abang sulung kami.


Mungkin setengah kawan mak ayah mereka support kesemuanya dan tak mahu duit anak-anak, tapi bagi kami, kami mahu berdikari guna duit sendiri.

2 comments:

Cik Jan said... Reply To This Comment

owh. thanks dyh. baru saya tersedar sesuatu selpas baca entri nie. hope belum terlambat. :)

dyh said... Reply To This Comment

welcome :)

Post a Comment

Jom tinggalkan pandangan anda ;)

 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling