Wednesday 23 January 2013

Cuti cuti

Posted by dyh at 20:32
Yeay best best, esok cuti, sabtu ahad isnin pun cuti. Dapat la siapkan paper bag gula-gula. Target siap kan dalam Januari ni jugak. Lagi 443 pcs je.


Ikut entry kat bawah pasal debor takut sama tarikh dengan PRU sebab abah org kuat politik. For sure abah busy. Then, kawan-kawan abah ada pesan tahun lepas masa nak tunang, masa tu hangat jugak kata nak pilihan raya, kawan abah cakap jangan kene waktu pilihan raya, macam mana mereka nak datang tolong rewang.


Sebut pasal PRU, ada kenangan yang best. Pengalaman pertama mengundi tahun 2008. Masa tu muda, zero pasal politik ni, kawan-kawan pun mana ada daftar nama jadi pengundi. Terpaksalah ngecek kakak ajak gi sama-sama.


Memandangkan PRU sebelum-sebelum ni abang kedua terlibat jadi petugas, nak pulak dia bertugas kat kawasan mengundi kami sekeluarga, so eksaited nak usha dan nak bahan abang. Yelah tahun sebelumnya abang ditugaskan membawa warga tua ke tempat @ step2 mengundi. Tapi hampeh sebab abang awal-awal lagi minta tukar tempat bertugas since dia tau ktorg dah boleh mengundi tahun berkenaan, dia tau ktorang sure nak bahan dia. Kihkihih..Dia pun katanya pernah je kene tolong kira undi.


Oleh sebab gi sama-sama, so kakak masuk dulu, masuk sorang-sorang, then masa kakak dh uruskan kat peti kedua, nama dipanggil, masa tu kakak nak kuar, boleh pulak selamba badak je, panggil kakak suruh tunggu, padahal tertera simbol senyap. Hehehe..Petugas semua masa tu pandang je. Malu lak masa tu, cepat-cepat setelkan dan blah.


Sebelum ni ada je pilihan raya kampus, tapi masa tu tak payah gi mengundi sebab menang tanpa bertanding. Masa tahun ketiga dan tahun keempat je baru la terhegeh2 gi mengundi. Masa ni dah start ramai student kuliyyah sebab junior makin ramai. Ktorang masa tu pun batch ke-4, tu yang sket dan tak ramai yang nak bertanding.

1 comments:

Unknown said... Reply To This Comment

salam kenal :)
wah xcited wat paper bag yea..caiyok2!!
PRU13 hangat jugak skrg kan..
debar2 tgu date nye..huhu

Post a Comment

Jom tinggalkan pandangan anda ;)

 

Right Here, Right Now Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei and Penciling